Friday, December 18, 2009

Saturday, December 5, 2009

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:

KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF (COOPERATIVE LEARNING)
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

  • Saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan
  • Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini
    Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir
  • Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table)

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme


KAEDAH PENDEKATAN BERASASKAN MASALAH (PROBLEM BASED LEARNING)
Kaedah pendekatan berasaskan masalah (PBL) adalah satu konsep P&P yang menambahbaik kemahiran multidisiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam penyelesaian masalah. Ia adalah Satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar untuk menyelesaikan masalah,dan dalam masa yang sama membolehkan mereka menguasai kemahiran asas.


Fungsi PBL:
Masalah digunakan untuk merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap tajuk yang diberi

  • Dapat mengintegrasi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul pelbagai disipin
  • Untuk mendapatkan pengetahuan secara pembelajaran kendiri
  • Untuk mendidik pelajar bekerja dan menyesuaikan diri dalam kerja kumpulan.
  • Untuk memperbaiki dan membina kemahiran berkomunikasi pelajar.
  • Untuk membina keupayaan menyelesai masalah pelajar.
  • Untuk menggalakan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir

Ciri-ciri PBL:

  • Berpusatkan pelajar
  • Menyelesaikan masalah sebagaimana berlaku di dunia sebenar
  • Guru berperanan sebagai tutor atau fasilitator
  • Menekankan konsep kerjasama
  • Memberi tumpuan kepada metakognitif
  • Menggunakan penilaian alternatif

TEORI KONSTRUKTIVIME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, muridakan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.


Ciri- ciri teori konstruktivisme:

  • Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran
  • Menggalakkan muridbertanya dan berdialog dengan murid dan guru
  • Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
  • Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
  • Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran
  • Menyokong pembelajaran secara koperatif
  • Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
  • Menggalakkan dan menerima daya usaha danautonomi murid
  • Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar

AKTIVITI 12 : TUGASAN 3 - PERMURNIAN KT

Soalan: Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.

KIT PEMBELAJARAN DAN SLAID POWERPOINT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Tujuan/ Matlamat:
Bagi menarik minat dan penglibatan para pelajar dalam subjek Perdagangan dan Sains
Objektif Kajian:
1. Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid powerpoint dapat menarik minat pelajar.
2. Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid powerpoint dapat meningkatkan penglibatan pelajar.

Penyataan Masalah:
Berdasarkan analisis SWOT yang telah dilakukan, didapati pelajar mudah bosan apabila guru hanya bertumpu kepada kaedah berpusatkan guru (teacher centered learning) bagi subjek Perdagangan dan Sains. Guru juga terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks semata-mata menyebabkan pelajar tidak fokus dalam subjek tersebut.

AKTIVITI 11 : TUGASAN 2 JURNAL

Soalan: Berdasarkan 3 buah jurnal, apakah penyataan masalah dan bagaimanakah mereka melapor penyataan masalah.





AKTIVITI 10 : MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN

Kajian bermula dengan pengalaman di dalam ketidaksamaan, ia boleh terjadi apabila.

  • Ketidaksamaan antara perancangan dan jangkaan serta amalan yang sebenar
  • Ketidaksamaan antara situasi sebenar, dan nilai umum tujuan.
  • Ketidaksamaan antara cara pihak lain melihat dengan situasi yang sama.

Sunday, November 22, 2009

AKTIVITI 9 : MATLAMAT, OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

PENGGUNAAN KIT PEMBELAJARAN DAN SLAID POWERPOINT DALAM SUBJEK SAINS DAN PERDAGANGAN

Matlamat kajian tindakan yang hendak dilakukan oleh kami adalah untuk menarik minat dan penglibatan pelajar dalam subjek Sains dan Perdagangan.

Objektif Kajian

  1. Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar.
  2. Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan pelajar.

Soalan Kajian

  1. Bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar?
  2. Adakah penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan pelajar?

Rujukan Literature Review:

  1. Mengkaji Minat Dan Sikap Serta Cara-Cara Meningkatkan Minat Murid-Murid Terhadap Pembelajaran Sains Di Sekolah Kebangsaan Bandaran No 3 Sibu. Oleh Stanley Laja Anak Jimbau (2009).
  2. Prestasi Matapelajaran Perdagangan SPM Dan Pencapaiannya Di Johor. Oleh Mohd Saim Bin Selamat (2007).
  3. Kesediaan Guru-Guru Perdagangan Di Wilayah Persekutuan Dari Aspek Pengetahuan Kaedah Pengajaran Dan Sikap Terhadap Pengajaran Subjek Pengajian Keusahawanan. Oleh Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi (2002).

AKTIVITI 8 : CADANGAN MENGATASI MASALAH

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK

Secara individu

Subjek Perdagangan

Noraini

  1. Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu topik terlebih dahulu sebelum beralih kepada topik yang lain supaya pelajar tidak ketinggalan terlalu jauh apabila semakin banyak topik diajar.
  2. Guru perlu memperbanyakkan aktiviti berkumpulan supaya pelajar lebih banyak terlibat dalam proses P&P.
  3. Setiap latihan yang diberi perlulah disemak oleh guru ataupun guru membuat perbincangan dengan pelajar dimana pelajar akan bertukar-tukar kertas soalan latihan dan guru memberikan jawapan jadi pelajar dapat mengenalpasti kesilapan mereka dan boleh memperbetulkannya.

Liyana

  1. Guru harus mencampurkan penggunaan buku teks dengan buku-buku lain atau dengan keratan akhbar, rencana dan majalah agar pelajar didedahkan dengan isu semasa.
  2. Guru harus memperbanyakkan aktiviti luar kelas agar pelajar lebih memahami topik serta dapat melihat perkaitan aktiviti tersebut dengan topik yang diajar.
  3. Aktiviti secara berkumpulan perlu diadakan bagi mewujudkan kerjasama antara mereka.

Subjek Sains

Norliah

  1. Guru perlu kreatif dalam proses pengajaran untuk menarik minat dan penglibatan murid. Contonhnya dengan mempelbagaikan ABM.
  2. Teori jangan terlalu panjang dan guru perlu melebihkan kepada praktikal supaya pelajar lebih nampak.
  3. Guru perlu memberi soalan susulan untuk menilai sejauhmanakah kefahaman pelajar.
  4. Guru perlu meminta pelajar untuk membuat kesimpulan dariapada eksperimen yang telah dijalankan agar pelajar lebih memahami tujuan serta dapatan atau keputusan daripada eksperimen tersebut.

Kumpulan

  1. Guru perlu mempelbagaikan ABM dan juga kaedah atau pendekatan yang hendak digunakan serta menjadi lebih kreatif dalam proses P&P. Sebagai contohnya, penggunaan keratan akhbar, majalah dan rencana.
  2. Guru perlu membuat aktiviti secara berkumpulan agar pelajar lebih melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
  3. Teori yang panjang harus diringkaskan tetapi ia mestilah tepat dan padat.

Pengalaman dari pasukan lain

Subjek Perdagangan:

  1. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti BBM supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam P&P.
  2. Guru perlu mencari sumber maklumat selain daripada buku teks dan buku rujukan.

Literature Review

Subjek Perdagangan:

  1. Guru haruslah mempelbagaikan kaedah dalam proses P&P untuk meningkatkan pencapaian matapelajaran ini (Saim Selamat, 2007).

Subjek Sains:

  1. Guru haruslah menggunakan makmal untuk proses P&P bagi menggantikan bilik darjah.
  2. Guru haruslah menggunakan pendekatan koperatif dalam pengajaran Sains supaya pelajar boleh saling membantu dan berbincang.
  3. Guru perlu sentiasa membuat amali kepada pelajar kerana amali sains sangat penting dalam pembelajaran Sains.
  4. Guru perlu mempelbagaikan BBM.