Sunday, November 22, 2009

AKTIVITI 7 : KELEMAHAN PENGAJARAN

KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK BERDASARKAN PENGALAMAN/REFLEKSI
Secara individu

Subjek Perdagangan:

Noraini

  1. Guru lebih banyak menumpukan perhatian untuk menghabiskan topik pengajaran supaya pelajar bersedia menghadapi peperiksaan.
  2. Guru lebih memfokuskan kepada ‘teacher centered learning’ berbanding ‘student centered learning’.
  3. Latihan yang diberikan oleh guru jarang disemak jadi pelajar tidak mengetahui kesalahan mereka.

Liyana

  1. Guru kadangkala terlalu bergantung sepenuhnya kepada buku teks.
  2. Guru hanya mengadakan proses P&P di dalam kelas sahaja. Pelajar tidak dibawa untuk membuat aktiviti diluar kelas. Sebagai contohnya adalah lawatan sambil belajar.
  3. Guru tidak menyuruh pelajar membuat tugasan berkumpulan agar proses P&P lebih menarik.

Subjek Sains:

Norliah

  1. Pelajar mudah bosan apabila guru mengajar sesuatu topik yang mempunyai teori yang terlalu panjang.
  2. Guru kurang kreatif dalam menarik minat pelajar untuk belajar.
  3. Guru hanya menyuruh pelajar menyalin kembali kesimpulan daripada eksperimen yang telah dibuat.
  4. Guru selalu bertanya kepada pelajar samada pelajar faham atau tidak topik yang diajar tetapi tidak memberi soalan susulan untuk menguji sejauhmanakah kefahaman pelajar.

Kumpulan

  1. Guru lebih bertumpu untuk menghabiskan silibus pelajaran bagi menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan.
  2. Pelajar tidak dibawa untuk melakukan penerokaan di luar kelas.
  3. Kurangnya aktiviti berkumpulan membuatkan pelajar mudah bosan dan lebih bersifat individualistik.
  4. Guru terlalu bergantung kepada buku teks sekolah berbanding buku-buku tambahan yang lain.
  5. Kefahaman pelajar tidak diuji secara betul dimana tiada pengukuran dibuat untuk mengujinya.

Pengalaman dari pasukan lain

Subjek Perdagangan:

  1. Guru memberikan kuliah semata-mata. Tiada aktiviti ataupun BBM yang menarik digunakan.
  2. Guru hanya menggunakan buku teks serta buku rujukan untuk pengajarannya.

Subjek Sains:

  1. Berdasarkan pengalaman, kaedah pengajaran sains yang diajar oleh guru kebanyakkannya tidak sesuai dengan objektif pengajaran. Hal ini kerana guru perlu lebih menggunakan lebih banyak eksperimen dalam makmal berbanding dengan pengajaran di dalam kelas.

Literature Review

Subjek Perdagangan:

  1. Guru berpendapat kandungan mata pelajaran ini terlalu banyak yang hendak disampaikan maka guru terpaksa mengajar dengan cara sendiri untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar, timbul rasa bosan dan mengantuk apabla masa kelas Perdagangan (Saim Selamat, 2007).
  2. Guru mengambil jalan mudah dengan hanya menggunakan buku teks sahaja tanpa alat bantu mengajar sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diarah menjawab latihan dan yang terdapat di dalam buku teks sahaja (Saim Selamat, 2007).
  3. Pendidikan keusahawanan hendaklah mengambil kira aspek mempelajari kemahiran dan bukan hanya menekankan pembelajaran secara teori sahaja (Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi, 2002).

Subjek Sains:

  1. Kaedah pembelajaran berpusatkan guru menyebabkan pelajar bosan dan tidak berminat dengan subjek ini.
  2. Guru yang garang menyebabkan pelajar tidak berminat dengan subjek ini.
  3. Guru tidak mempelbagaikan BBM menyebabkan pelajar berasa bosan dan kurang minat.
  4. Sesi pengajaran dalam kelas tidak sesuai untuk subjek Sains.

AKTIVITI 6 : KEKUATAN PENGAJARAN.

KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK BERDASARKAN PENGALAMAN/REFLEKSI

Secara individu

Subjek Perdagangan:

Noraini

  1. Guru menerangkan sesuatu topik dengan memberikan banyak contoh seperti menunjukkan salinan asal dokumen-dokumen perniagaan dan memberikan beberapa jenis perniagaan yang sedia ada bagi jenis milikan perniagaan.
  2. Guru memberikan nota sepenuhnya kepada pelajar.
  3. Guru memberikan banyak latihan di mana apabila habis sesuatu topik diajar contoh sistem barter, guru akan mengadakan kuiz kepada pelajar.

Liyana

  1. Guru memberikan kuliah subjek ini kepada pelajar beserta dengan contoh yang menarik.
  2. Guru memfokuskan topik-topik yang popular untuk persediaan pelajar menghadapi SPM.
  3. Guru memberikan pelajar latihan yang cukup bagi setiap topik yang telah diajar.

Subjek Sains:

Norliah

  1. Guru banyak mengaitkan sesuatu proses dalam subjek Sains dengan seharian agar pelajar lebih memahami. Sebagai contohnya adalah proses fotosintesis.
  2. Guru banyak menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk memudahkan murid memahami sesuatu topik. Contohnya penggunaan radas makmal.
  3. Guru biasanya mengajar teori dahulu kemudian mengajar praktikal supaya pelajar mudah faham.
  4. Guru banyak melakukan aktiviti luar kelas berbanding dalam kelas.

Kumpulan

  1. Penerangan guru terhadap sesuatu topik adalah jelas beserta contoh yang menarik.
  2. Guru memberikan latihan yang secukupnya selepas habis sesuatu topik.
  3. Penggunaan ABM membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih teratur.
  4. Eksperimen yang dilakukan oleh guru membantu pelajar memahami subjek Sains.
  5. Guru mengaitkan topik dalam pengajaran dengan kehidupan seharian.

Pengalaman dari pasukan lain

Subjek Perdagangan:

  1. Guru mempunyai intonasi suara yang mampu menarik perhatian pelajar.
  2. Guru memberikan pelajar maklumat asas serta tambahan yang cukup bagi memantapkan pengetahuan pelajar.

Literature review

Subjek Perdagangan:

  1. Good (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa guru-guru yang sentiasa bersemangat tinggi untuk mengajar terdiri daripada mereka yang selalu menggunakan pelbagai pendekatan yang relevan apabila mengajar di dalam bilik darjah.

Subjek Sains:

  1. Pelajar lebih aktif apabila guru menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan pembelajaran secara koperatif.
  2. Pengajaran diluar kelas menarik minat pelajar dalam subjek Sains.
  3. Penggunaan power point dan gambar membantu meningkatkan kefahaman pelajar.
  4. Guru yang kreatif mampu meningkatkan minat pelaja

Saturday, November 14, 2009

  1. Guru sentiasa membuat kajian tentang kekuatan dan kelemahan P&P yang diamalkan.
  2. Guru akan dapat meningkatkan kemahiran dalam penguasaan penyampaian dan P&P yang berkualiti.
  3. Guru mendapat pendedahan dan kemahiran dalam aspek amalan terbaik P&P.
  4. Guru memperoleh kemahiran yang mantap dan memiliki kesedaran untuk melaksanakan P&P yang berorientasikan kreativiti
  5. Meningkatkan kemahiran guru dalam pencarian maklumat bagi melengkapkan kajian.
  6. Guru bukan sahaja boleh mengajar semata – mata namun boleh membuat kajian tindakan.
  7. Mengembangkan lagi profesion perguruan bagi individu tersebut
  8. Menjadikan guru seorang yang kreatif dalam mencari pendekatan yang sesuai untuk pengajarannya
  9. Menemukan kaedah atau pengajaran yang berkesan untuk menghasilkan kejayaan kepada pelajar.
  10. Dapat memberitahu 1 amalan dengan mengembangkan idea baru

NORAINI ISNIN & NORLIAH GHANI

  1. Dapat mengetahui sejauhmana pendekatan yang diambil sebelum kajian dijalankan adalah berkesan bagi oara pelajar.
  2. Dapat mengetahui teknik atau kaedah yang terbaik bagi diaplikasikan semasa proses P&P di dalam kelas.
  3. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
    Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif
  4. Supaya dapat menguasai konsep dan ketrampilan dalam maatpelajaran pengkhususan.
  5. Dapat memahami skop, struktur dan keseimbangan kurikulum keseluruhannya.
  6. Guru novis boleh menentukan sasaran yang jelas tentang pembelajaran murid.
  7. Guru novis boleh mewujud dan mengekalkan suasana kerja yang berfaedah dan bermatlamat.
  8. Guru novis boleh menentukan sasaran yang jelas tentang pembelajaran murid.
  9. Supaya proses P&P sentiasa diperbaharui dimana jika digunakan teknik atau kaedah yang sama bagi tempoh yang lama dalam P&P boleh menghilangkan minat pelajar.
  10. Guru sentiasa mengkaji kelemahan-kelemaahan dalan proses P&P dan memperbaikinya.
  11. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan
  12. Dapat menyediakan pensyarah sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.

TUGASAN 4 : Tajuk Mini Kajian Tindakan

Pemilihan tajuk
‘Penggunaan Kit Pembelajaran Dan Slaid Powerpoint Dalam Subjek Sains Dan Perdagangan’
Dilihat dari sudut kepentingan penggunaan kedua-dua kaedah tersebut iaitu:
Secara umumnya, penggunaan Kit Pembelajaran dan slaid power point ini mampu membudayakan ict di kalangan pelajar dan juga guru di mana selaras dengan perkembangan teknologi di negara kita. Selain dari itu, kepentingan kit Pembelajaran dan slaid power point ialah:
Kepentingan slaid power point:
Guru dapat meringkaskan nota dengan padat dalam slaid
  • Ini bermakna, hanya nota-nota yang penting dan padat dimasukkan dalam slaid dan kemudian akan diterangkan oleh guru. Ini juga akan menjimatkan masa guru mengajar di mana isi kandungan pengajaran telah disediakan dalam slaid awal-awal lagi berbanding hanya menulis nota di white board yang memakan masa.
  • Penggunaan slaid yang menarik mampu menarik minat dan tumpuan pelajar kepada proses P&P contohnya penggunaan teknik CASPER dalam slaid power point.

C-ContrastIaitu contast yang jelas antara warna, imej dan font
A-AlignmentSusunan yang sejajar antara teks dan imej
S-SimplicityPermudahkan persembahan
P-ProximityJarak antara teks dan juga grafik yang bersesuaian
E-EmphasisAdakan 1 item yang utama untuk diberi penumpuan
R-RepetitionGunakan ulangan warna, huruf dan imej di mana yang diperlukan

Kit Pembelajaran:

  • Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.
  • Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.
  • Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.
  • Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
  • Memberi pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.
  • Membina pemikiran yang berterusan,terutama melalui penggunaan filem-filem bergerak.
  • Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata.
  • Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Peserta kajian dalam mini kajian tindakan ini adalah pelajar tingkatan 4 Alfa seramai 22 orang (bagi subjek Perdagangan) dan tingkatan 4 Coklat seramai 18 orang (bagi subjek Sains) dan setting kajian adalah bertempat di bilik darjah.

Sunday, November 8, 2009

Tugasan Kumpulan: Maksud Kajian Tindakan

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Buku:

1. Teachers Investigate Their Work:An introduction to the methods of action research (1993)

2. A Teacher’s Guide to Classroom Research (2008)

Elliot (1991:69): Kajian mengenai keadaan sosial dengan gambaran bagi meningkatkan kualiti tindakan bertujuan untuk menyalurkan penilain praktikal dalam situasi yang konkrit, dan kesahan teori atau hipotesis.

Kemmis (1983): pembentukan refleksi kendiri oleh penyelidik di dalam situasi sosial untuk mempertingkatkan secara rasional amalan pendidikan. Kajian tindakan ini lebih berkesan sekiranya dilakukan secara kolaboratif namun ia masih boleh dilakukan secara individu dan kadangkala kerjasama pihak luar. Dalam sistem pendidikan, kajian tindakan dilakukan untuk perkembangan kurikulum sekolah, perkembangan profesional, perkembangan program sekolah dan perkembangan sistem perancangan dan polisi.

Mills (2003): Kajian tindakan ialah pertaanyaan secara sistematik yang dikendalikan oleh guru sebagai penyelidik untuk mengumpulkan maklumat tentang cara pengendalian sekolah, bagaimana guru mengajar dan bagaimana pelajar belajar. Maklumat dikumpulkan dengan satu matlamat yang ingin dicapai, membina perkembangan refleksi, memberi perubahan yang positif kepada persekitaran sekolah dan amalan pendidikan secara umum, dan meningkatkan perkembangan positif pelajar.

Ebbut (1985): Kajian tindakan adalah kajian secara sistematik untuk mempertingkatkan amalan pendidikan secara berkumpulan yang dilakukan oleh pengkaji sendiri dimana pengkaji sendiri terlibat secara langsung dan membuat refleksi.

Secara rumusannya, kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang bertujuan untuk penambahbaikan samada kepada amalan pendidikan dan kurikulum sekolah , perkembangan professional, perkembangan sistem perancangan dan polisi dan perkembangan pelajar. Kajian tindakan ini adalah lebih baik dilakukan secara kolaboratif namun masih juga boleh dilakukan secara individu atau dengan kerjasama pihak luar. Kajian ini melibatkan guru sendiri sebgai pengkaji dimana mereka terlibat secara langsung dan membuat refleksi.

TUGASAN KELAS : MODEL KAJIAN TINDAKAN

Monday, November 2, 2009

PEMBENTANGAN 1

TAJUK
Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Sirah Dan Tamadun Islam Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Tayangan Video

NAMA PEMBENTANG
Assarah binti Ahmad Suki P48590
Nurulhuda binti Rahim P48613
Nurul Hafiza binti Sohaimi P49004

TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bahagian Sirah dan Tamadun Islam pelajar tingkatan satu SMKA Sultan Muhammad melalui pendekatan tayangan video pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN
• Meningkatkan minat pelajar terhadap topik sirah
• Memudahkan pemahaman pelajar
• Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar sesama mereka.

PERSOALAN KAJIAN
• Apakah tayangan video pembelajaran ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap topik sirah dan tamadun Islam
• Apakah melalui tayangan video, pelajar boleh memahami fakta-fakta sejarah yang panjang dengan lebih cepat dan mudah.

PROSUDER KAJIAN

Perancangan
i)Rancang aktiviti P & P
• Rancangan Pengajaran Harian

ii)Rancang Pengumpulan data
• Pemerhatian guru
• Rakaman video
• Temubual

Pelaksanaan dan pemerhatian
i)Sesi pengajaran
• Tayangan video
• Perbincangan
• Pembentangan

ii)Pemerhatian guru
• Reaksi dan tingkahlaku pelajar
• Rakaman video
• Respon rakan pengkaji

Penilaian dan relfleksi
i)Analisis Data
• Pemerhatian guru
• Rakaman video
• Temubual pelajar

DAPATAN KAJIAN
Pemerhatian guru
Ø pelajar kelihatan begitu teruja dan tidak sabar untuk menonton video tersebut.
Ø Hasil pembentangan menunjukkan pelajar aktif memberikan rumusan dan pendapat
Ø Pelajar juga dapat berkomunikasi dengan baik
Ø Kedudukan meja dan kerusi yang teratur dan kesan audio dan visual lebih baik telah memberi kesan yang lebih positif

KESIMPULAN
- Kaedah ini bukan sahaja boleh digunakan dalam mata pelajaran pendidikan Islam,malah mata pelajaran lain yang memerlukan pelajar untuk memahami sesuatu mekanisme yang agak kompleks.
- Penggunaan kaedah tayangan video membantu meningkatkan tahap minat pelajar untuk terus memberi tumpuan terhadap P&P dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pengajaran yang disampaikan oleh guru


PEMBENTANGAN 2


TAJUK
Meningkatkan Tahap Penguasaan Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4ea/Pd1 Melalui Teknik Mentor Mentee

NAMA PEMBENTANG
Nurul Syuhada Mohd Muzni (P48631)
Norbasirah Saodi (P48616)
Ahmad Fadli Mokhtar (P48673)

TUJUAN
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasan jawi di kalangan pelajar tingkatan 4EA/PD1 bagi mata pelajaran pendidikan Islam

OBJEKTIF KAJIAN
o Meningkatkan penguasaan pelajar untuk mengenal huruf jawi
o Meningkatkan penguasaan pelajar untuk menulis huruf jawi

PERSOALAN KAJIAN
o Sejauh manakah pelajar-pelajar mengenal huruf-huruf Jawi?
o Sejauh manakah pelajar-pelajar boleh menguasai kemahiran menulis huruf Jawi?

PROSEDUR KAJIAN
Refleksi
-kenalpasti pelajar yang lemah penguasaan jawi
Perancangan
-Menggunakan teknik mentor mentee
Tindakan
-Membimbing dan memantau pelajar yang lemah
Pemerhatian
-Terdapat peningkatan dari segi penguasaan jawi

PENGUMPULAN DATA
i) Ujian Saringan
- memberi lembaran kerja dalam tulisan jawi
ii) Pemerhatian
- dilakukan terhadap tingkah laku pelajar sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan
iii) Temubual
- Sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan
- Dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap teknik yang digunakan

DAPATAN KAJIAN
- Pelajar memberikan respon bahawa kaedah yang digunakan dapat menolong mereka meningkatkan penguasaan jawi.
- Melalui teknik mentor mentee yang digunakan pelajar menyatakan bahawa kaedah ini adalah menyeronokkan dan dapat membantu mereka dalam penguasaan jawi

KESIMPULAN
- Teknik ini amat sesuai digunakan kerana dapat membimbing pelajar dengan cara lebih dekat (mesra pelajar)
- Apabila hubungan di antara pelajar dengan guru semakin rapat maka pelajar lebih seronok untuk menguasai jawi.
- Mereka juga tidak berasa malu kerana dibuat secara persendirian dan menggunakan kaedah mentor mentee yang lebih mesra pelajar