Sunday, November 22, 2009

AKTIVITI 9 : MATLAMAT, OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

PENGGUNAAN KIT PEMBELAJARAN DAN SLAID POWERPOINT DALAM SUBJEK SAINS DAN PERDAGANGAN

Matlamat kajian tindakan yang hendak dilakukan oleh kami adalah untuk menarik minat dan penglibatan pelajar dalam subjek Sains dan Perdagangan.

Objektif Kajian

  1. Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar.
  2. Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan pelajar.

Soalan Kajian

  1. Bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar?
  2. Adakah penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan pelajar?

Rujukan Literature Review:

  1. Mengkaji Minat Dan Sikap Serta Cara-Cara Meningkatkan Minat Murid-Murid Terhadap Pembelajaran Sains Di Sekolah Kebangsaan Bandaran No 3 Sibu. Oleh Stanley Laja Anak Jimbau (2009).
  2. Prestasi Matapelajaran Perdagangan SPM Dan Pencapaiannya Di Johor. Oleh Mohd Saim Bin Selamat (2007).
  3. Kesediaan Guru-Guru Perdagangan Di Wilayah Persekutuan Dari Aspek Pengetahuan Kaedah Pengajaran Dan Sikap Terhadap Pengajaran Subjek Pengajian Keusahawanan. Oleh Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi (2002).

AKTIVITI 8 : CADANGAN MENGATASI MASALAH

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK

Secara individu

Subjek Perdagangan

Noraini

  1. Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu topik terlebih dahulu sebelum beralih kepada topik yang lain supaya pelajar tidak ketinggalan terlalu jauh apabila semakin banyak topik diajar.
  2. Guru perlu memperbanyakkan aktiviti berkumpulan supaya pelajar lebih banyak terlibat dalam proses P&P.
  3. Setiap latihan yang diberi perlulah disemak oleh guru ataupun guru membuat perbincangan dengan pelajar dimana pelajar akan bertukar-tukar kertas soalan latihan dan guru memberikan jawapan jadi pelajar dapat mengenalpasti kesilapan mereka dan boleh memperbetulkannya.

Liyana

  1. Guru harus mencampurkan penggunaan buku teks dengan buku-buku lain atau dengan keratan akhbar, rencana dan majalah agar pelajar didedahkan dengan isu semasa.
  2. Guru harus memperbanyakkan aktiviti luar kelas agar pelajar lebih memahami topik serta dapat melihat perkaitan aktiviti tersebut dengan topik yang diajar.
  3. Aktiviti secara berkumpulan perlu diadakan bagi mewujudkan kerjasama antara mereka.

Subjek Sains

Norliah

  1. Guru perlu kreatif dalam proses pengajaran untuk menarik minat dan penglibatan murid. Contonhnya dengan mempelbagaikan ABM.
  2. Teori jangan terlalu panjang dan guru perlu melebihkan kepada praktikal supaya pelajar lebih nampak.
  3. Guru perlu memberi soalan susulan untuk menilai sejauhmanakah kefahaman pelajar.
  4. Guru perlu meminta pelajar untuk membuat kesimpulan dariapada eksperimen yang telah dijalankan agar pelajar lebih memahami tujuan serta dapatan atau keputusan daripada eksperimen tersebut.

Kumpulan

  1. Guru perlu mempelbagaikan ABM dan juga kaedah atau pendekatan yang hendak digunakan serta menjadi lebih kreatif dalam proses P&P. Sebagai contohnya, penggunaan keratan akhbar, majalah dan rencana.
  2. Guru perlu membuat aktiviti secara berkumpulan agar pelajar lebih melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
  3. Teori yang panjang harus diringkaskan tetapi ia mestilah tepat dan padat.

Pengalaman dari pasukan lain

Subjek Perdagangan:

  1. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti BBM supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam P&P.
  2. Guru perlu mencari sumber maklumat selain daripada buku teks dan buku rujukan.

Literature Review

Subjek Perdagangan:

  1. Guru haruslah mempelbagaikan kaedah dalam proses P&P untuk meningkatkan pencapaian matapelajaran ini (Saim Selamat, 2007).

Subjek Sains:

  1. Guru haruslah menggunakan makmal untuk proses P&P bagi menggantikan bilik darjah.
  2. Guru haruslah menggunakan pendekatan koperatif dalam pengajaran Sains supaya pelajar boleh saling membantu dan berbincang.
  3. Guru perlu sentiasa membuat amali kepada pelajar kerana amali sains sangat penting dalam pembelajaran Sains.
  4. Guru perlu mempelbagaikan BBM.

AKTIVITI 7 : KELEMAHAN PENGAJARAN

KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK BERDASARKAN PENGALAMAN/REFLEKSI
Secara individu

Subjek Perdagangan:

Noraini

  1. Guru lebih banyak menumpukan perhatian untuk menghabiskan topik pengajaran supaya pelajar bersedia menghadapi peperiksaan.
  2. Guru lebih memfokuskan kepada ‘teacher centered learning’ berbanding ‘student centered learning’.
  3. Latihan yang diberikan oleh guru jarang disemak jadi pelajar tidak mengetahui kesalahan mereka.

Liyana

  1. Guru kadangkala terlalu bergantung sepenuhnya kepada buku teks.
  2. Guru hanya mengadakan proses P&P di dalam kelas sahaja. Pelajar tidak dibawa untuk membuat aktiviti diluar kelas. Sebagai contohnya adalah lawatan sambil belajar.
  3. Guru tidak menyuruh pelajar membuat tugasan berkumpulan agar proses P&P lebih menarik.

Subjek Sains:

Norliah

  1. Pelajar mudah bosan apabila guru mengajar sesuatu topik yang mempunyai teori yang terlalu panjang.
  2. Guru kurang kreatif dalam menarik minat pelajar untuk belajar.
  3. Guru hanya menyuruh pelajar menyalin kembali kesimpulan daripada eksperimen yang telah dibuat.
  4. Guru selalu bertanya kepada pelajar samada pelajar faham atau tidak topik yang diajar tetapi tidak memberi soalan susulan untuk menguji sejauhmanakah kefahaman pelajar.

Kumpulan

  1. Guru lebih bertumpu untuk menghabiskan silibus pelajaran bagi menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan.
  2. Pelajar tidak dibawa untuk melakukan penerokaan di luar kelas.
  3. Kurangnya aktiviti berkumpulan membuatkan pelajar mudah bosan dan lebih bersifat individualistik.
  4. Guru terlalu bergantung kepada buku teks sekolah berbanding buku-buku tambahan yang lain.
  5. Kefahaman pelajar tidak diuji secara betul dimana tiada pengukuran dibuat untuk mengujinya.

Pengalaman dari pasukan lain

Subjek Perdagangan:

  1. Guru memberikan kuliah semata-mata. Tiada aktiviti ataupun BBM yang menarik digunakan.
  2. Guru hanya menggunakan buku teks serta buku rujukan untuk pengajarannya.

Subjek Sains:

  1. Berdasarkan pengalaman, kaedah pengajaran sains yang diajar oleh guru kebanyakkannya tidak sesuai dengan objektif pengajaran. Hal ini kerana guru perlu lebih menggunakan lebih banyak eksperimen dalam makmal berbanding dengan pengajaran di dalam kelas.

Literature Review

Subjek Perdagangan:

  1. Guru berpendapat kandungan mata pelajaran ini terlalu banyak yang hendak disampaikan maka guru terpaksa mengajar dengan cara sendiri untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar, timbul rasa bosan dan mengantuk apabla masa kelas Perdagangan (Saim Selamat, 2007).
  2. Guru mengambil jalan mudah dengan hanya menggunakan buku teks sahaja tanpa alat bantu mengajar sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diarah menjawab latihan dan yang terdapat di dalam buku teks sahaja (Saim Selamat, 2007).
  3. Pendidikan keusahawanan hendaklah mengambil kira aspek mempelajari kemahiran dan bukan hanya menekankan pembelajaran secara teori sahaja (Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi, 2002).

Subjek Sains:

  1. Kaedah pembelajaran berpusatkan guru menyebabkan pelajar bosan dan tidak berminat dengan subjek ini.
  2. Guru yang garang menyebabkan pelajar tidak berminat dengan subjek ini.
  3. Guru tidak mempelbagaikan BBM menyebabkan pelajar berasa bosan dan kurang minat.
  4. Sesi pengajaran dalam kelas tidak sesuai untuk subjek Sains.

AKTIVITI 6 : KEKUATAN PENGAJARAN.

KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK BERDASARKAN PENGALAMAN/REFLEKSI

Secara individu

Subjek Perdagangan:

Noraini

  1. Guru menerangkan sesuatu topik dengan memberikan banyak contoh seperti menunjukkan salinan asal dokumen-dokumen perniagaan dan memberikan beberapa jenis perniagaan yang sedia ada bagi jenis milikan perniagaan.
  2. Guru memberikan nota sepenuhnya kepada pelajar.
  3. Guru memberikan banyak latihan di mana apabila habis sesuatu topik diajar contoh sistem barter, guru akan mengadakan kuiz kepada pelajar.

Liyana

  1. Guru memberikan kuliah subjek ini kepada pelajar beserta dengan contoh yang menarik.
  2. Guru memfokuskan topik-topik yang popular untuk persediaan pelajar menghadapi SPM.
  3. Guru memberikan pelajar latihan yang cukup bagi setiap topik yang telah diajar.

Subjek Sains:

Norliah

  1. Guru banyak mengaitkan sesuatu proses dalam subjek Sains dengan seharian agar pelajar lebih memahami. Sebagai contohnya adalah proses fotosintesis.
  2. Guru banyak menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk memudahkan murid memahami sesuatu topik. Contohnya penggunaan radas makmal.
  3. Guru biasanya mengajar teori dahulu kemudian mengajar praktikal supaya pelajar mudah faham.
  4. Guru banyak melakukan aktiviti luar kelas berbanding dalam kelas.

Kumpulan

  1. Penerangan guru terhadap sesuatu topik adalah jelas beserta contoh yang menarik.
  2. Guru memberikan latihan yang secukupnya selepas habis sesuatu topik.
  3. Penggunaan ABM membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih teratur.
  4. Eksperimen yang dilakukan oleh guru membantu pelajar memahami subjek Sains.
  5. Guru mengaitkan topik dalam pengajaran dengan kehidupan seharian.

Pengalaman dari pasukan lain

Subjek Perdagangan:

  1. Guru mempunyai intonasi suara yang mampu menarik perhatian pelajar.
  2. Guru memberikan pelajar maklumat asas serta tambahan yang cukup bagi memantapkan pengetahuan pelajar.

Literature review

Subjek Perdagangan:

  1. Good (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa guru-guru yang sentiasa bersemangat tinggi untuk mengajar terdiri daripada mereka yang selalu menggunakan pelbagai pendekatan yang relevan apabila mengajar di dalam bilik darjah.

Subjek Sains:

  1. Pelajar lebih aktif apabila guru menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan pembelajaran secara koperatif.
  2. Pengajaran diluar kelas menarik minat pelajar dalam subjek Sains.
  3. Penggunaan power point dan gambar membantu meningkatkan kefahaman pelajar.
  4. Guru yang kreatif mampu meningkatkan minat pelaja

Saturday, November 14, 2009

  1. Guru sentiasa membuat kajian tentang kekuatan dan kelemahan P&P yang diamalkan.
  2. Guru akan dapat meningkatkan kemahiran dalam penguasaan penyampaian dan P&P yang berkualiti.
  3. Guru mendapat pendedahan dan kemahiran dalam aspek amalan terbaik P&P.
  4. Guru memperoleh kemahiran yang mantap dan memiliki kesedaran untuk melaksanakan P&P yang berorientasikan kreativiti
  5. Meningkatkan kemahiran guru dalam pencarian maklumat bagi melengkapkan kajian.
  6. Guru bukan sahaja boleh mengajar semata – mata namun boleh membuat kajian tindakan.
  7. Mengembangkan lagi profesion perguruan bagi individu tersebut
  8. Menjadikan guru seorang yang kreatif dalam mencari pendekatan yang sesuai untuk pengajarannya
  9. Menemukan kaedah atau pengajaran yang berkesan untuk menghasilkan kejayaan kepada pelajar.
  10. Dapat memberitahu 1 amalan dengan mengembangkan idea baru

NORAINI ISNIN & NORLIAH GHANI

  1. Dapat mengetahui sejauhmana pendekatan yang diambil sebelum kajian dijalankan adalah berkesan bagi oara pelajar.
  2. Dapat mengetahui teknik atau kaedah yang terbaik bagi diaplikasikan semasa proses P&P di dalam kelas.
  3. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
    Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif
  4. Supaya dapat menguasai konsep dan ketrampilan dalam maatpelajaran pengkhususan.
  5. Dapat memahami skop, struktur dan keseimbangan kurikulum keseluruhannya.
  6. Guru novis boleh menentukan sasaran yang jelas tentang pembelajaran murid.
  7. Guru novis boleh mewujud dan mengekalkan suasana kerja yang berfaedah dan bermatlamat.
  8. Guru novis boleh menentukan sasaran yang jelas tentang pembelajaran murid.
  9. Supaya proses P&P sentiasa diperbaharui dimana jika digunakan teknik atau kaedah yang sama bagi tempoh yang lama dalam P&P boleh menghilangkan minat pelajar.
  10. Guru sentiasa mengkaji kelemahan-kelemaahan dalan proses P&P dan memperbaikinya.
  11. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan
  12. Dapat menyediakan pensyarah sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.

TUGASAN 4 : Tajuk Mini Kajian Tindakan

Pemilihan tajuk
Penggunaan Kit Pembelajaran Dan Slaid Powerpoint Dalam Subjek Sains Dan Perdagangan’
Dilihat dari sudut kepentingan penggunaan kedua-dua kaedah tersebut iaitu:
Secara umumnya, penggunaan Kit Pembelajaran dan slaid power point ini mampu membudayakan ict di kalangan pelajar dan juga guru di mana selaras dengan perkembangan teknologi di negara kita. Selain dari itu, kepentingan kit Pembelajaran dan slaid power point ialah:
Kepentingan slaid power point:
Guru dapat meringkaskan nota dengan padat dalam slaid
  • Ini bermakna, hanya nota-nota yang penting dan padat dimasukkan dalam slaid dan kemudian akan diterangkan oleh guru. Ini juga akan menjimatkan masa guru mengajar di mana isi kandungan pengajaran telah disediakan dalam slaid awal-awal lagi berbanding hanya menulis nota di white board yang memakan masa.
  • Penggunaan slaid yang menarik mampu menarik minat dan tumpuan pelajar kepada proses P&P contohnya penggunaan teknik CASPER dalam slaid power point.

C-ContrastIaitu contast yang jelas antara warna, imej dan font
A-AlignmentSusunan yang sejajar antara teks dan imej
S-SimplicityPermudahkan persembahan
P-ProximityJarak antara teks dan juga grafik yang bersesuaian
E-EmphasisAdakan 1 item yang utama untuk diberi penumpuan
R-RepetitionGunakan ulangan warna, huruf dan imej di mana yang diperlukan

Kit Pembelajaran:

  • Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.
  • Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.
  • Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.
  • Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
  • Memberi pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.
  • Membina pemikiran yang berterusan,terutama melalui penggunaan filem-filem bergerak.
  • Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata.
  • Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Peserta kajian dalam mini kajian tindakan ini adalah pelajar tingkatan 4 Alfa seramai 22 orang (bagi subjek Perdagangan) dan tingkatan 4 Coklat seramai 18 orang (bagi subjek Sains) dan setting kajian adalah bertempat di bilik darjah.

Sunday, November 8, 2009

Tugasan Kumpulan: Maksud Kajian Tindakan

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Buku:

1. Teachers Investigate Their Work:An introduction to the methods of action research (1993)

2. A Teacher’s Guide to Classroom Research (2008)

Elliot (1991:69): Kajian mengenai keadaan sosial dengan gambaran bagi meningkatkan kualiti tindakan bertujuan untuk menyalurkan penilain praktikal dalam situasi yang konkrit, dan kesahan teori atau hipotesis.

Kemmis (1983): pembentukan refleksi kendiri oleh penyelidik di dalam situasi sosial untuk mempertingkatkan secara rasional amalan pendidikan. Kajian tindakan ini lebih berkesan sekiranya dilakukan secara kolaboratif namun ia masih boleh dilakukan secara individu dan kadangkala kerjasama pihak luar. Dalam sistem pendidikan, kajian tindakan dilakukan untuk perkembangan kurikulum sekolah, perkembangan profesional, perkembangan program sekolah dan perkembangan sistem perancangan dan polisi.

Mills (2003): Kajian tindakan ialah pertaanyaan secara sistematik yang dikendalikan oleh guru sebagai penyelidik untuk mengumpulkan maklumat tentang cara pengendalian sekolah, bagaimana guru mengajar dan bagaimana pelajar belajar. Maklumat dikumpulkan dengan satu matlamat yang ingin dicapai, membina perkembangan refleksi, memberi perubahan yang positif kepada persekitaran sekolah dan amalan pendidikan secara umum, dan meningkatkan perkembangan positif pelajar.

Ebbut (1985): Kajian tindakan adalah kajian secara sistematik untuk mempertingkatkan amalan pendidikan secara berkumpulan yang dilakukan oleh pengkaji sendiri dimana pengkaji sendiri terlibat secara langsung dan membuat refleksi.

Secara rumusannya, kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang bertujuan untuk penambahbaikan samada kepada amalan pendidikan dan kurikulum sekolah , perkembangan professional, perkembangan sistem perancangan dan polisi dan perkembangan pelajar. Kajian tindakan ini adalah lebih baik dilakukan secara kolaboratif namun masih juga boleh dilakukan secara individu atau dengan kerjasama pihak luar. Kajian ini melibatkan guru sendiri sebgai pengkaji dimana mereka terlibat secara langsung dan membuat refleksi.

TUGASAN KELAS : MODEL KAJIAN TINDAKAN

Monday, November 2, 2009

PEMBENTANGAN 1

TAJUK
Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Sirah Dan Tamadun Islam Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Tayangan Video

NAMA PEMBENTANG
Assarah binti Ahmad Suki P48590
Nurulhuda binti Rahim P48613
Nurul Hafiza binti Sohaimi P49004

TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bahagian Sirah dan Tamadun Islam pelajar tingkatan satu SMKA Sultan Muhammad melalui pendekatan tayangan video pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN
• Meningkatkan minat pelajar terhadap topik sirah
• Memudahkan pemahaman pelajar
• Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar sesama mereka.

PERSOALAN KAJIAN
• Apakah tayangan video pembelajaran ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap topik sirah dan tamadun Islam
• Apakah melalui tayangan video, pelajar boleh memahami fakta-fakta sejarah yang panjang dengan lebih cepat dan mudah.

PROSUDER KAJIAN

Perancangan
i)Rancang aktiviti P & P
• Rancangan Pengajaran Harian

ii)Rancang Pengumpulan data
• Pemerhatian guru
• Rakaman video
• Temubual

Pelaksanaan dan pemerhatian
i)Sesi pengajaran
• Tayangan video
• Perbincangan
• Pembentangan

ii)Pemerhatian guru
• Reaksi dan tingkahlaku pelajar
• Rakaman video
• Respon rakan pengkaji

Penilaian dan relfleksi
i)Analisis Data
• Pemerhatian guru
• Rakaman video
• Temubual pelajar

DAPATAN KAJIAN
Pemerhatian guru
Ø pelajar kelihatan begitu teruja dan tidak sabar untuk menonton video tersebut.
Ø Hasil pembentangan menunjukkan pelajar aktif memberikan rumusan dan pendapat
Ø Pelajar juga dapat berkomunikasi dengan baik
Ø Kedudukan meja dan kerusi yang teratur dan kesan audio dan visual lebih baik telah memberi kesan yang lebih positif

KESIMPULAN
- Kaedah ini bukan sahaja boleh digunakan dalam mata pelajaran pendidikan Islam,malah mata pelajaran lain yang memerlukan pelajar untuk memahami sesuatu mekanisme yang agak kompleks.
- Penggunaan kaedah tayangan video membantu meningkatkan tahap minat pelajar untuk terus memberi tumpuan terhadap P&P dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pengajaran yang disampaikan oleh guru


PEMBENTANGAN 2


TAJUK
Meningkatkan Tahap Penguasaan Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4ea/Pd1 Melalui Teknik Mentor Mentee

NAMA PEMBENTANG
Nurul Syuhada Mohd Muzni (P48631)
Norbasirah Saodi (P48616)
Ahmad Fadli Mokhtar (P48673)

TUJUAN
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasan jawi di kalangan pelajar tingkatan 4EA/PD1 bagi mata pelajaran pendidikan Islam

OBJEKTIF KAJIAN
o Meningkatkan penguasaan pelajar untuk mengenal huruf jawi
o Meningkatkan penguasaan pelajar untuk menulis huruf jawi

PERSOALAN KAJIAN
o Sejauh manakah pelajar-pelajar mengenal huruf-huruf Jawi?
o Sejauh manakah pelajar-pelajar boleh menguasai kemahiran menulis huruf Jawi?

PROSEDUR KAJIAN
Refleksi
-kenalpasti pelajar yang lemah penguasaan jawi
Perancangan
-Menggunakan teknik mentor mentee
Tindakan
-Membimbing dan memantau pelajar yang lemah
Pemerhatian
-Terdapat peningkatan dari segi penguasaan jawi

PENGUMPULAN DATA
i) Ujian Saringan
- memberi lembaran kerja dalam tulisan jawi
ii) Pemerhatian
- dilakukan terhadap tingkah laku pelajar sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan
iii) Temubual
- Sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan
- Dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap teknik yang digunakan

DAPATAN KAJIAN
- Pelajar memberikan respon bahawa kaedah yang digunakan dapat menolong mereka meningkatkan penguasaan jawi.
- Melalui teknik mentor mentee yang digunakan pelajar menyatakan bahawa kaedah ini adalah menyeronokkan dan dapat membantu mereka dalam penguasaan jawi

KESIMPULAN
- Teknik ini amat sesuai digunakan kerana dapat membimbing pelajar dengan cara lebih dekat (mesra pelajar)
- Apabila hubungan di antara pelajar dengan guru semakin rapat maka pelajar lebih seronok untuk menguasai jawi.
- Mereka juga tidak berasa malu kerana dibuat secara persendirian dan menggunakan kaedah mentor mentee yang lebih mesra pelajar


TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL

TAJUK

SECONDARY SCHOOL STUDENTS’ COLLABORATION DURING DYADIC DEBATES FACE TO FACE AND THROUGH COMPUTER CHAT

OLEH
MIIKA J. MARTTUNEN & LEENA I. LAURINEN


ABSTRAK


Kini, komunikasi dalam persekitaran pembelajaran konstruktivisme adalah perlu. Ini termasuk secara virtual atau seperti di dalam kelas. Ia juga memerlukan kemahiran untuk berfikir secara berhujah dan berfikiran kritis serta kemampuan untuk menggunakan bahasa secara kolaboratif. Kajian ini menunjukkan kualiti kolaborasi pelajar sekolah menengah dalam berbahas secara bersemuka atau menggunakan komputer ( chatting ). Pada mulanya, tindakan ( perbahasan ) yang dilakukan akan diklasifikasikan kepada tugasan atau bukan tugasan.

1. Contoh masalah yang telah dilakukan oleh penyelidik
Masalah tentang manusia yang tidak mahu menerima idea orang lain serta tidak memberi perhatian
terhadap idea orang lain.

2. Apa masalah yang di jadikan kajian?
Belajar melalui interaksi bukan sahaja memerlukan seseorang itu boleh sama- sama terlibat dengan perbincangan dengan orang lain tetapi ia juga mengambil pandangan mereka untuk pertimbangan. Namun begitu, ramai orang yang lebih gemar untuk mengembangkan idea mereka dan berbahas semasa perbincangan dari pada benar – benar mendengar apa yang orang lain katakan. Satu pihak tidak mahu belajar dari pihak yang lain.

3. Apakah sample kajian dan di mana setting kajian ?
Sample kajian adalah Pelajar sebuah sekolah menengah di Finland. Seramai 27 orang pelajar di gunakan dalam kajian ini ( 9 lelaki dan 18 perempuan ). Mereka berumur antara 16 – 18 tahun

4. Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan ( prosedur ) ?
Pengkaji mengabungkan dua subjek untuk melengakapkan kajian ini. Perbahasan pelajar diadakan selama dua hari pada waktu subjek terbabit. 24 orang pelajar hadir pada kedua – dua hari ini.
Pada 6 minggu pertama, pelajar di didedahkan tentang tujuan dan konsep utama penghujahan dan mereka mempraktikkan komunikasi ini dengan cara perbincangan tidak formal, sesi drama, perbincangan kumpulan dan debat tentang isu etika. 6 minggu seterusnya, pelajar menggabungkan perbahasan dengan menggunakan kedua – dua jenis ‘ dyadic ‘ iaitu bersemuka dan menggunakan Komputer chat

5. Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisa data kajian?
Bagi mengumpul data, pelajar akan mengisi borang maklumbalas yang mana mereka menilai topik perbincangan. Pelajar juga menulis ‘ diari pelajaran’ yang mana mereka akan membuat refleksi berdasarkan pengalaman mereka. Perbincangan bersemuka direkodkan dan perbincangan menggunakan komputer telah di simpan di dalam komputer.

Manakala, untuk menganalisisnaya pula, pertama sekali pengkaji mencetak ke semua data mengenai perbincangan tersebut. Kemudian, langkah pertama, pengkaji menganalisis data berdasarkan 2 perkara iaitu berdasarkan tugasan ( on – task ) iaitu ada kaitan dengan topik seperti pendapat dan bukan berdasarkan tugasan ( off – task ) iaitu jenaka. Kedua, kesemua perkara berdasarkan tugasan sama ada perbincangan bersemuka dan Komputer ‘ chat’. ia kemudian akan dibahagikan kepada 6 kategori kaboloratif dan 2 bukan kaboloratif.



TAJUK
FOREST SCHOOL AND ITS IMPACTS ON YOUNG CHILDREN : CASE STUDY IN BRITAIN
OLEH
LIZ O' BRIEN & RICHARD MURRAY


ABSTRAK
Memandangkan sekolah di dalam hutan ( Forest School ) telah tersebar di seluruh Britan dan Wales maka kefahaman tentang sekolah itu perlu diwujudkan bagi mendapatkan kesan dari sekolah ini. Kajian ini di buat dalam 2 peringkat iaitu di Wales dan Britain dari tahun 2002 - 2005. penilaian dilakukan melalui kerjasama Pengkaji hutan dan Yayasan Ekonomi Baru. Methodologi di bangunkan untuk mengetahui kesan sekolah hutan ke atas kanak - kanak. ia dilakukan terhadap 24 kanak - kanak dalam 3 kes dan dilakukan selama 8 bulan. Kajian ini menunjukkan bahawa kanak - kanak akan mendapat faedah dalam pelbagai benda. 6 impak positif yang diambil dari data adalah keyakinan, kemahiran sosial, bahasa dan komunikasi, motivasi dan konsentrasi, kemahiran fizikal, pengetahuan dan kefahaman. Hubungan dengan alam semulajadi menjadi terhad kepada kanak - kanak dan remaja dalam masyarakat kotemporari kerana mereka terlalu bimbang dengan keselamatan kegiatan luar dan isu berkaitan risiko.

1. Contoh masalah yang telah dilakukan oleh penyelidik
Kanak – kanak tidak tahu tentang keadaan diluar rumah kerana Ibubapa tidak membenarkan anak – anak berada diluar rumah kerana terlalu bimbangkan mereka.

2. Apa masalah yang di jadikan kajian?

Perhubungan dengan alam semulajadi terhad kerana ibubapa terlalu mengambil berat tentang keselamatandi luar rumah serta isu risiko dan liabiliti. Kurang bagi pendedahan kepada kanak – kanak untuk meneroka alam.

3. Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian dilakukan
Sampel kajian adalah 24 orang pelajar di 3 kawasan yang dikaji. Ia dilakukan selama 8 bulan.

4. Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan.?
Kajian ini menggunakan kajian tindakan penglibatan ( participatory action research ) yang membolehkan stakeholder ( guru dan wakil forest education initiative ) membuat 3 langkah pendekatan untuk menilai impak positif Forest school ke atas pelajar.


5. Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisa data kajian?
Pengkaji mengumpul data melalui pemerhatian, mereka akan secara rawak memilih kanak – kanak tersebut untuk mendaptakan data. Namun begitu, kebenaran diperolehi dahulu. Dalam masa yang sama, guru kanak – kanak tersebut menyediakan borang untuk merekod perkembangan kanak – kanak agar mencapai perkembangan yang telah diusulkan.

Dalam menganalisis data, pengkaji menganilis data dengan mebahagikan kepada 8 kategori iaitu keyakinan, kemahiran sosial, bahasa dan komunikasi, motvasi dan fokus, kemahiran fizikal, pengetahuan dan kefahaman, pandangan baru dan kesan riak.
TAJUK
USING OPURTUNITIES TO RESPOND IN A GENERAL EDUCATION CLASSROOM : A CASE STUDY
OLEH
TODD HAYDON
G. RICHMOND MANCIL
CHRISTOPHER VAN LOAN


1.Contoh masalah yang telah dilakukan oleh penyelidik
Menggunakan peluang yang ada bagi memberi respon semasa di dalam kelas.

2. Apa masalah yang di jadikan kajian?
Jika guru memberi peluang kepada pelajar untuk memberi respon. Maka pelajar akan mahu terlibat kerana guru memberikan peluang kepada mereka untuk terlibat sama dalam aktiviti kelas.

3. Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian dilakukan?
Sampel adalah seramai 19 orang namun pengkaji memfokuskan seorang pelajar bernam Bree, dia adalah seorang pelajar yang mempunyai pelbagai masalah kelakuan. Ia di buat di dalam kelas semasa subjek sains.

4.Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan.?
Bilik darjah di letakkan 5 meja, dan setiap meja di letakkan 4 orang pelajar, dan kemudian diletakkan papan hitam di hadapan kelas. Meja bulat digunakan guru untuk melihat pelajar membuat kerja mereka sendiri.

5. Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisa data kajian?
Data dikumpul menggunakan pemerhatian. Ia dilakukan dalam 13 sesi. Ia kemudian direkodkan dengan cara graf. Di mana, dapat dilihat setiap sesi terdapat respon yang berbeza.

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU

Tajuk Buku: Teachers Investigate Their Work: An introduction to the methods of action researchPenulis: Herbert Altrichter, Peter Posch and Bridget Somekh (1993)


Apa maksud kajian tindakan ?
Kajian tindakan boleh didefinisikan sebagai kajian terhadap situasi sosial dengan pandangan dapat meningkatkan kualiti tidakan tersebut. Ia bertujuan untuk menyalurkan penilaian pratikal dalam situasi yang konkrit, dan kesahan teori atau hipotesis. ( Elliot 1991 : 69 )

Satu pembentukan refleksi kendiri oleh penyelidik di dalam situasi sosial untuk mempertingkatkannya secara rasional dan adil terhadap amalan pendidikan. Ia akan lebih berkesan jika di lakukan secara koloberatif namun begitu ia masih boleh dilakukan seecara individu dan kadangkala kerjasama dengan pihak luar. Dalam system pendidikan untuk perkembangan kurikukum sekolah, perkembangan program sekolah dan sebagainya.

Mengapa guru melakukan KT ?
- Kajian tindakan bertujuan untuk menyokong pengkaji mengatasi cabaran dan masalah dalam amalan dan melaksanakannya melalui inovasi dalam cara refleksi.
- Guru boleh memberi sumbangan penting untuk pertambahan pengetahuan terhadap profesion mereka.
- Untuk breksperimentasi dengan idea dan strategi baru serta mahu komited dengan membina kelebihan diri.

Bila guru melakukan KT?
- Guru melakukan KT apabila mereka mahu menyelidik amalan mereka sendiri agar dapat meningkatkan amalan tersebut.
- Ia juga bertujuan supaya mereka dapat kefahaman yang lebih mendalam terhadap amalan mereka.

Di mana guru melakukan KT?
- Di dalam kelas

Bagaimana guru melakukan KT ?

9 langkah
i. Mengenalpasti kumpulan sokongan kajian
ii. Mengenalpasti rakan untuk bekerjasama
iii. Memulakan penyimpanan rekod aktiviti kajian
iv. Menentukan permulaan kajian dan memulakan penyelidikan
v. Jelaskan titik permulaan.
vi. Mengumpul data secara sistematik
vii. Menganalisis data
viii. Membina strategi tindakan dan meletakkannya sebagai amalam
ix. Pengembangan ilmu