Monday, November 2, 2009
Tajuk Buku: Teachers Investigate Their Work: An introduction to the methods of action researchPenulis: Herbert Altrichter, Peter Posch and Bridget Somekh (1993)
Apa maksud kajian tindakan ?
Kajian tindakan boleh didefinisikan sebagai kajian terhadap situasi sosial dengan pandangan dapat meningkatkan kualiti tidakan tersebut. Ia bertujuan untuk menyalurkan penilaian pratikal dalam situasi yang konkrit, dan kesahan teori atau hipotesis. ( Elliot 1991 : 69 )
Satu pembentukan refleksi kendiri oleh penyelidik di dalam situasi sosial untuk mempertingkatkannya secara rasional dan adil terhadap amalan pendidikan. Ia akan lebih berkesan jika di lakukan secara koloberatif namun begitu ia masih boleh dilakukan seecara individu dan kadangkala kerjasama dengan pihak luar. Dalam system pendidikan untuk perkembangan kurikukum sekolah, perkembangan program sekolah dan sebagainya.
Mengapa guru melakukan KT ?
- Kajian tindakan bertujuan untuk menyokong pengkaji mengatasi cabaran dan masalah dalam amalan dan melaksanakannya melalui inovasi dalam cara refleksi.
- Guru boleh memberi sumbangan penting untuk pertambahan pengetahuan terhadap profesion mereka.
- Untuk breksperimentasi dengan idea dan strategi baru serta mahu komited dengan membina kelebihan diri.
Bila guru melakukan KT?
- Guru melakukan KT apabila mereka mahu menyelidik amalan mereka sendiri agar dapat meningkatkan amalan tersebut.
- Ia juga bertujuan supaya mereka dapat kefahaman yang lebih mendalam terhadap amalan mereka.
Di mana guru melakukan KT?
- Di dalam kelas
Bagaimana guru melakukan KT ?
9 langkah
i. Mengenalpasti kumpulan sokongan kajian
ii. Mengenalpasti rakan untuk bekerjasama
iii. Memulakan penyimpanan rekod aktiviti kajian
iv. Menentukan permulaan kajian dan memulakan penyelidikan
v. Jelaskan titik permulaan.
vi. Mengumpul data secara sistematik
vii. Menganalisis data
viii. Membina strategi tindakan dan meletakkannya sebagai amalam
ix. Pengembangan ilmu