Sunday, November 22, 2009
AKTIVITI 8 : CADANGAN MENGATASI MASALAH
Posted by LIYANA BINTI MOHAMMAD ZAKARIA ( P52068 ) at 12:16 PMCADANGAN MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK
Secara individu
Subjek Perdagangan
Noraini
- Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu topik terlebih dahulu sebelum beralih kepada topik yang lain supaya pelajar tidak ketinggalan terlalu jauh apabila semakin banyak topik diajar.
- Guru perlu memperbanyakkan aktiviti berkumpulan supaya pelajar lebih banyak terlibat dalam proses P&P.
- Setiap latihan yang diberi perlulah disemak oleh guru ataupun guru membuat perbincangan dengan pelajar dimana pelajar akan bertukar-tukar kertas soalan latihan dan guru memberikan jawapan jadi pelajar dapat mengenalpasti kesilapan mereka dan boleh memperbetulkannya.
Liyana
- Guru harus mencampurkan penggunaan buku teks dengan buku-buku lain atau dengan keratan akhbar, rencana dan majalah agar pelajar didedahkan dengan isu semasa.
- Guru harus memperbanyakkan aktiviti luar kelas agar pelajar lebih memahami topik serta dapat melihat perkaitan aktiviti tersebut dengan topik yang diajar.
- Aktiviti secara berkumpulan perlu diadakan bagi mewujudkan kerjasama antara mereka.
Subjek Sains
Norliah
- Guru perlu kreatif dalam proses pengajaran untuk menarik minat dan penglibatan murid. Contonhnya dengan mempelbagaikan ABM.
- Teori jangan terlalu panjang dan guru perlu melebihkan kepada praktikal supaya pelajar lebih nampak.
- Guru perlu memberi soalan susulan untuk menilai sejauhmanakah kefahaman pelajar.
- Guru perlu meminta pelajar untuk membuat kesimpulan dariapada eksperimen yang telah dijalankan agar pelajar lebih memahami tujuan serta dapatan atau keputusan daripada eksperimen tersebut.
Kumpulan
- Guru perlu mempelbagaikan ABM dan juga kaedah atau pendekatan yang hendak digunakan serta menjadi lebih kreatif dalam proses P&P. Sebagai contohnya, penggunaan keratan akhbar, majalah dan rencana.
- Guru perlu membuat aktiviti secara berkumpulan agar pelajar lebih melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
- Teori yang panjang harus diringkaskan tetapi ia mestilah tepat dan padat.
Pengalaman dari pasukan lain
Subjek Perdagangan:
- Guru perlu mempelbagaikan aktiviti BBM supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam P&P.
- Guru perlu mencari sumber maklumat selain daripada buku teks dan buku rujukan.
Literature Review
Subjek Perdagangan:
- Guru haruslah mempelbagaikan kaedah dalam proses P&P untuk meningkatkan pencapaian matapelajaran ini (Saim Selamat, 2007).
Subjek Sains:
- Guru haruslah menggunakan makmal untuk proses P&P bagi menggantikan bilik darjah.
- Guru haruslah menggunakan pendekatan koperatif dalam pengajaran Sains supaya pelajar boleh saling membantu dan berbincang.
- Guru perlu sentiasa membuat amali kepada pelajar kerana amali sains sangat penting dalam pembelajaran Sains.
- Guru perlu mempelbagaikan BBM.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)