Monday, November 2, 2009

TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR (PEMBENTANGAN 1 & 2 )

PEMBENTANGAN 1

TAJUK
Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Sirah Dan Tamadun Islam Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Tayangan Video

NAMA PEMBENTANG
Assarah binti Ahmad Suki P48590
Nurulhuda binti Rahim P48613
Nurul Hafiza binti Sohaimi P49004

TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bahagian Sirah dan Tamadun Islam pelajar tingkatan satu SMKA Sultan Muhammad melalui pendekatan tayangan video pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN
• Meningkatkan minat pelajar terhadap topik sirah
• Memudahkan pemahaman pelajar
• Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar sesama mereka.

PERSOALAN KAJIAN
• Apakah tayangan video pembelajaran ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap topik sirah dan tamadun Islam
• Apakah melalui tayangan video, pelajar boleh memahami fakta-fakta sejarah yang panjang dengan lebih cepat dan mudah.

PROSUDER KAJIAN

Perancangan
i)Rancang aktiviti P & P
• Rancangan Pengajaran Harian

ii)Rancang Pengumpulan data
• Pemerhatian guru
• Rakaman video
• Temubual

Pelaksanaan dan pemerhatian
i)Sesi pengajaran
• Tayangan video
• Perbincangan
• Pembentangan

ii)Pemerhatian guru
• Reaksi dan tingkahlaku pelajar
• Rakaman video
• Respon rakan pengkaji

Penilaian dan relfleksi
i)Analisis Data
• Pemerhatian guru
• Rakaman video
• Temubual pelajar

DAPATAN KAJIAN
Pemerhatian guru
Ø pelajar kelihatan begitu teruja dan tidak sabar untuk menonton video tersebut.
Ø Hasil pembentangan menunjukkan pelajar aktif memberikan rumusan dan pendapat
Ø Pelajar juga dapat berkomunikasi dengan baik
Ø Kedudukan meja dan kerusi yang teratur dan kesan audio dan visual lebih baik telah memberi kesan yang lebih positif

KESIMPULAN
- Kaedah ini bukan sahaja boleh digunakan dalam mata pelajaran pendidikan Islam,malah mata pelajaran lain yang memerlukan pelajar untuk memahami sesuatu mekanisme yang agak kompleks.
- Penggunaan kaedah tayangan video membantu meningkatkan tahap minat pelajar untuk terus memberi tumpuan terhadap P&P dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pengajaran yang disampaikan oleh guru


PEMBENTANGAN 2


TAJUK
Meningkatkan Tahap Penguasaan Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4ea/Pd1 Melalui Teknik Mentor Mentee

NAMA PEMBENTANG
Nurul Syuhada Mohd Muzni (P48631)
Norbasirah Saodi (P48616)
Ahmad Fadli Mokhtar (P48673)

TUJUAN
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasan jawi di kalangan pelajar tingkatan 4EA/PD1 bagi mata pelajaran pendidikan Islam

OBJEKTIF KAJIAN
o Meningkatkan penguasaan pelajar untuk mengenal huruf jawi
o Meningkatkan penguasaan pelajar untuk menulis huruf jawi

PERSOALAN KAJIAN
o Sejauh manakah pelajar-pelajar mengenal huruf-huruf Jawi?
o Sejauh manakah pelajar-pelajar boleh menguasai kemahiran menulis huruf Jawi?

PROSEDUR KAJIAN
Refleksi
-kenalpasti pelajar yang lemah penguasaan jawi
Perancangan
-Menggunakan teknik mentor mentee
Tindakan
-Membimbing dan memantau pelajar yang lemah
Pemerhatian
-Terdapat peningkatan dari segi penguasaan jawi

PENGUMPULAN DATA
i) Ujian Saringan
- memberi lembaran kerja dalam tulisan jawi
ii) Pemerhatian
- dilakukan terhadap tingkah laku pelajar sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan
iii) Temubual
- Sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan
- Dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap teknik yang digunakan

DAPATAN KAJIAN
- Pelajar memberikan respon bahawa kaedah yang digunakan dapat menolong mereka meningkatkan penguasaan jawi.
- Melalui teknik mentor mentee yang digunakan pelajar menyatakan bahawa kaedah ini adalah menyeronokkan dan dapat membantu mereka dalam penguasaan jawi

KESIMPULAN
- Teknik ini amat sesuai digunakan kerana dapat membimbing pelajar dengan cara lebih dekat (mesra pelajar)
- Apabila hubungan di antara pelajar dengan guru semakin rapat maka pelajar lebih seronok untuk menguasai jawi.
- Mereka juga tidak berasa malu kerana dibuat secara persendirian dan menggunakan kaedah mentor mentee yang lebih mesra pelajar


0 Comments:

Post a Comment