Saturday, November 14, 2009

TUGASAN 4 : Tajuk Mini Kajian Tindakan

Pemilihan tajuk
Penggunaan Kit Pembelajaran Dan Slaid Powerpoint Dalam Subjek Sains Dan Perdagangan’
Dilihat dari sudut kepentingan penggunaan kedua-dua kaedah tersebut iaitu:
Secara umumnya, penggunaan Kit Pembelajaran dan slaid power point ini mampu membudayakan ict di kalangan pelajar dan juga guru di mana selaras dengan perkembangan teknologi di negara kita. Selain dari itu, kepentingan kit Pembelajaran dan slaid power point ialah:
Kepentingan slaid power point:
Guru dapat meringkaskan nota dengan padat dalam slaid
  • Ini bermakna, hanya nota-nota yang penting dan padat dimasukkan dalam slaid dan kemudian akan diterangkan oleh guru. Ini juga akan menjimatkan masa guru mengajar di mana isi kandungan pengajaran telah disediakan dalam slaid awal-awal lagi berbanding hanya menulis nota di white board yang memakan masa.
  • Penggunaan slaid yang menarik mampu menarik minat dan tumpuan pelajar kepada proses P&P contohnya penggunaan teknik CASPER dalam slaid power point.

C-ContrastIaitu contast yang jelas antara warna, imej dan font
A-AlignmentSusunan yang sejajar antara teks dan imej
S-SimplicityPermudahkan persembahan
P-ProximityJarak antara teks dan juga grafik yang bersesuaian
E-EmphasisAdakan 1 item yang utama untuk diberi penumpuan
R-RepetitionGunakan ulangan warna, huruf dan imej di mana yang diperlukan

Kit Pembelajaran:

  • Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.
  • Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.
  • Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.
  • Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
  • Memberi pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.
  • Membina pemikiran yang berterusan,terutama melalui penggunaan filem-filem bergerak.
  • Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata.
  • Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Peserta kajian dalam mini kajian tindakan ini adalah pelajar tingkatan 4 Alfa seramai 22 orang (bagi subjek Perdagangan) dan tingkatan 4 Coklat seramai 18 orang (bagi subjek Sains) dan setting kajian adalah bertempat di bilik darjah.

0 Comments:

Post a Comment