DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Buku:
1. Teachers Investigate Their Work:An introduction to the methods of action research (1993)
2. A Teacher’s Guide to Classroom Research (2008)
Elliot (1991:69): Kajian mengenai keadaan sosial dengan gambaran bagi meningkatkan kualiti tindakan bertujuan untuk menyalurkan penilain praktikal dalam situasi yang konkrit, dan kesahan teori atau hipotesis.
Kemmis (1983): pembentukan refleksi kendiri oleh penyelidik di dalam situasi sosial untuk mempertingkatkan secara rasional amalan pendidikan. Kajian tindakan ini lebih berkesan sekiranya dilakukan secara kolaboratif namun ia masih boleh dilakukan secara individu dan kadangkala kerjasama pihak luar. Dalam sistem pendidikan, kajian tindakan dilakukan untuk perkembangan kurikulum sekolah, perkembangan profesional, perkembangan program sekolah dan perkembangan sistem perancangan dan polisi.
Mills (2003): Kajian tindakan ialah pertaanyaan secara sistematik yang dikendalikan oleh guru sebagai penyelidik untuk mengumpulkan maklumat tentang cara pengendalian sekolah, bagaimana guru mengajar dan bagaimana pelajar belajar. Maklumat dikumpulkan dengan satu matlamat yang ingin dicapai, membina perkembangan refleksi, memberi perubahan yang positif kepada persekitaran sekolah dan amalan pendidikan secara umum, dan meningkatkan perkembangan positif pelajar.
Ebbut (1985): Kajian tindakan adalah kajian secara sistematik untuk mempertingkatkan amalan pendidikan secara berkumpulan yang dilakukan oleh pengkaji sendiri dimana pengkaji sendiri terlibat secara langsung dan membuat refleksi.
Secara rumusannya, kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang bertujuan untuk penambahbaikan samada kepada amalan pendidikan dan kurikulum sekolah , perkembangan professional, perkembangan sistem perancangan dan polisi dan perkembangan pelajar. Kajian tindakan ini adalah lebih baik dilakukan secara kolaboratif namun masih juga boleh dilakukan secara individu atau dengan kerjasama pihak luar. Kajian ini melibatkan guru sendiri sebgai pengkaji dimana mereka terlibat secara langsung dan membuat refleksi.