Sunday, November 22, 2009
KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK BERDASARKAN PENGALAMAN/REFLEKSI
Secara individu
Subjek Perdagangan:
Noraini
- Guru menerangkan sesuatu topik dengan memberikan banyak contoh seperti menunjukkan salinan asal dokumen-dokumen perniagaan dan memberikan beberapa jenis perniagaan yang sedia ada bagi jenis milikan perniagaan.
- Guru memberikan nota sepenuhnya kepada pelajar.
- Guru memberikan banyak latihan di mana apabila habis sesuatu topik diajar contoh sistem barter, guru akan mengadakan kuiz kepada pelajar.
Liyana
- Guru memberikan kuliah subjek ini kepada pelajar beserta dengan contoh yang menarik.
- Guru memfokuskan topik-topik yang popular untuk persediaan pelajar menghadapi SPM.
- Guru memberikan pelajar latihan yang cukup bagi setiap topik yang telah diajar.
Subjek Sains:
Norliah
- Guru banyak mengaitkan sesuatu proses dalam subjek Sains dengan seharian agar pelajar lebih memahami. Sebagai contohnya adalah proses fotosintesis.
- Guru banyak menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk memudahkan murid memahami sesuatu topik. Contohnya penggunaan radas makmal.
- Guru biasanya mengajar teori dahulu kemudian mengajar praktikal supaya pelajar mudah faham.
- Guru banyak melakukan aktiviti luar kelas berbanding dalam kelas.
Kumpulan
- Penerangan guru terhadap sesuatu topik adalah jelas beserta contoh yang menarik.
- Guru memberikan latihan yang secukupnya selepas habis sesuatu topik.
- Penggunaan ABM membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih teratur.
- Eksperimen yang dilakukan oleh guru membantu pelajar memahami subjek Sains.
- Guru mengaitkan topik dalam pengajaran dengan kehidupan seharian.
Pengalaman dari pasukan lain
Subjek Perdagangan:
- Guru mempunyai intonasi suara yang mampu menarik perhatian pelajar.
- Guru memberikan pelajar maklumat asas serta tambahan yang cukup bagi memantapkan pengetahuan pelajar.
Literature review
Subjek Perdagangan:
- Good (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa guru-guru yang sentiasa bersemangat tinggi untuk mengajar terdiri daripada mereka yang selalu menggunakan pelbagai pendekatan yang relevan apabila mengajar di dalam bilik darjah.
Subjek Sains:
- Pelajar lebih aktif apabila guru menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan pembelajaran secara koperatif.
- Pengajaran diluar kelas menarik minat pelajar dalam subjek Sains.
- Penggunaan power point dan gambar membantu meningkatkan kefahaman pelajar.
- Guru yang kreatif mampu meningkatkan minat pelaja
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)